Pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia pada ketika ini sememangnya memberi kesan terhadap kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.
Berita kematian seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya telah mengejutkan banyak pihak. Penderaan secara fizikal, pengabaian atau penderaan seksual bukan saja mengakibatkan kecederaan tetapi juga menjejaskan emosi dan psikologi kanak-kanak.
Justeru itu, saya menyeru masyarakat agar lebih proaktif dan bersikap ambil peduli dengan masalah yang berlaku disekeliling kita. Ambil peduli dan bertindak dengan segera sebelum terlambat. Ini merupakan tanggungjawab sosial dan juga moral setiap individu.
Sekiranya anda berdepan dengan ketidaktentuan emosi dan memerlukan sokongan serta ingin membuat aduan berkaitan penderaan kanak-kanak, sila hubungi Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 0192615999 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
YAM Che’ Puan Khaleeda
———
The COVID-19 pandemic happening around the world has had an impact on the mental health among our society.
The news of the death of a 6-year-old, believed to be tortured by his birth mother and stepfather, has shocked many. Physical torture, abandonment or sexual torture does not only cause injuries but also affect the children's emotional and psychological well-being.
Hence, I urge society to be more proactive and thoughtful towards the problems around us. Take notice and act immediately before it is too late. It is the social and moral responsibility of every individual.
If you are having emotional difficulties and require support or would like to make a report of child abuse, please contact Talian Kasih 15999 or Whatsapp Talian Kasih 0192615999 (Ministry of Women, Family and Community Development).
HH Che' Puan Khaleeda